PASANGAN berkenaan ditemui terkandas di batu karang. FOTO ihsan PPM
Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my


Semporna: Dua pelancong warga China yang hilang selepas keluar berkayak pada jam 5.30 petang diselamatkan pasukan keselamatan di perairan Pulau Mabul, dekat sini, jam 9 malam tadi.

Dalam kejadian itu, Zhao Zhe, 26 dan teman wanitanya Qin Yiping, 28, ditemui anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dalam keadaan keletihan.


PASANGAN berkenaan ditemui terkandas di batu karang. FOTO ihsan PPM

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, PPM Semporna menerima maklumat pada jam 8 malam lalu bahawa dua pelancong itu tidak pulang ke resort di pulau itu selepas keluar melakukan aktiviti kayak.

"Pasukan keselamatan menggerakkan

usaha pencarian dan sejam kemudian, pelancong China berkenaan ditemui 500 meter selatan pulau berkenaan. Mereka keletihan kerana dipercayai kayak terbabit terdampar di batu karang kerana air laut yang surut.

"Justeru,kami menasihatkan kepada pengusaha resort supaya meningkatkan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti rekreasi ," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 11:27 AM