Rokok dan kenderaan yang dirampas. - Foto Ihsan PPM
Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Kota Tinggi: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas 9,400 kotak rokok putih jenama Inter bernilai RM94,752 dalam operasi di Padang Lima, Kuala Sedili di sini, semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata rampasan itu dilakukan anggota PPM Pengerang yang menjalankan Op Landai di kawasan berkenaan kira-kira 11 malam.

Ketika operasi, anggotanya terserempak dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Oddessy yang mencurigakan.

“Ketika cuba dihampiri, kenderaan itu memecut laju sebelum pemandunya memberhentikannya di tepi jalan dan melarikan diri masuk ke dalam hutan," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan dalam MPV itu menjumpai rokok yang dipercayai tidak dibayar cukai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2017 @ 1:01 PM