Sos Mustard Madu dengan Ayam Goreng

AYAM goreng lebih lazat jika dimakan dengan sos mustard madu. Memang sedap dan mudah disediakan menggunakan resipi ini.

Hidangan: 5

Masa penyediaan: 20 minit

Masa memasak: 30 minit

Bahan-bahan untuk sos mustard madu

½ tin Susu Isian Sejat MARIGOLD

100 g pati ayam

1 ½ sudu besar mustard

1 ½ sudu besar madu

1 sudu besar mentega tanpa garam

2 ulas bawang putih (dicincang)

½ sudu teh serbuk mustard

½ sudu teh tepung gandum

½ sudu teh air

Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ayam goreng

12 ketul filet ayam

1/3 cawan tepung gandum

1/3 cawan serbuk roti

2 biji telur

½ sudu teh garam

1 cubit paprika

Minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

Ayam goreng

1. Campur paprika, garam ke dalam mangkuk tepung dan gaul.

2. Salut ayam dengan lapisan tepung, kemudian dengan telur dan kemudiannya dengan serbuk roti.

3. Goreng filet ayam sehingga keemasan.

Sos mustard madu

1. Cincang bawang putih dan campurkan serbuk mustard dengan air sehingga menjadi pes.

2. Tumis bawang putih dengan mentega sehingga wangi.

3. Masukkan pes mustard dan tepung, kemudian kacau sehingga pekat.

4. Masukkan pati ayam, madu, mustard, garam dan Susu Isian Sejat MARIGOLD

5. Biarkan selama 5 minit dan kacau secara berterusan.

6. Sedia untuk dihidang besama ayam goreng.

Tip Chef: Apabila membersihkan ayam, gosok isinya dengan satu sudu besar garam dan segenggam tepung. Ini dapat menghilangkan lendir dan bau hanyir. Kemudian bilas ayam dengan air sehingga bersih.

Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)

Sesuai untuk memasak, membakar dan minuman, Susu Isian Sejat MARIGOLD adalah susu yang kaya berkrim tanpa gula. Ia juga tanpa kolesterol, sebab itu ia menjadi pilihan yang sihat untuk membuatkan makanan dan minuman anda rasa lebih kaya, lebih berkrim, yang pasti menawan selera. Diperkaya dengan vitamin A dan D.

Untuk maklumat lanjut:

http://www.masakdenganmarigold.com/get_content;jsessionid=85A5D9F10D80E9...

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 3:54 PM