ANTARA kawasan yang dinaiki air. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Rawang: Beberapa kawasan di Rawang, Kuang, Kundang, Sungai Buloh dan Batu Arang dinaiki air setinggi 0.1 hingga 1 meter selepas hujan di kawasan berkenaan sejak 9.30 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya kini dalam bersiap sedia membantu memindahkan mangsa yang terbabit.

"Air naik setinggi 0.1 hingga 0.5 meter di Persimpangan Country Homes, Rawang, 11 pagi tadi akibat hujan lebat yang menyebabkan Sungai Gong dekat sini melimpah.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang keluar membantu memindahkan beberapa keluarga yang terperangkap di Kampung Sungai Serai, Kuang," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menyalurkan perkembangan terkini berhubung situasi banjir di beberapa lokasi terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 2:48 PM