Kunyit sememangnya sudah sinonim dengan masyarakat Melayu kerana penggunaannya dalam masakan selain menambah seri dan rasa enak untuk beberapa jenis masakan.
Namun, di sebalik penggunaannya dalam masakan, kunyit juga mempunyai kelebihan lain khususnya kepada wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan berterusan.
Pada masa sama, kunyit mempunyai ÂpelÂbagai khasiat dari segi perubatan kerana Âkandungan antiseptik yang terdapat pada Âkunyit mampu mempercepatkan proses Âpenyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet.
Disebabkan kesannya yang menakjubkan pada kulit, pakar kecantikan dari seluruh dunia mula menyedari dan menggunakannya di dalam produk kecantikan.
Tidak hairanlah jika dapat dilihat krim peÂngecut jerawat di pasaran dicipta berasaskan kunyit.
Secara tradisionalnya, memang ramai Âwanita sudah menggunakan kaedah Âmenumbuk kunyit untuk disapu pada muka bagi tujuan mengecutkan jerawat.
Bukan itu saja, Âkunyit dipercayai mempuÂnyai khasiat berguna dalam membantu rawatan Âpenyakit seperti kanser dan Alzheimer.
Kunyit juga baik untuk kulit malah ia sumber vitamin C dan magnesium yang baik selain memiliki kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi serta kandungan sodium yang sangat rendah.
Untuk mencuba rawatan berasaskan kunyit tidak perlu mengeluarkan modal besar kerana ia boleh dilakukan dengan mudah dan murah.
Anda hanya perlu Âgunakan serbuk kunyit dan campurkan sedikit air atau jus limau nipis, kemudian sapukan pada wajah bagi membantu kulit lebih berseri, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen dan seterusnya meratakan warna kulit.
Jus kunyit juga boleh dibuat dengan Âhanya mengisarkan kunyit Âhidup dengan air masak, tapis dan hidangkan dengan sedikit asam Âkeping dan gula melaka. Amalan jus ini dikatakan mampu memperbaiki sistem dalaman tubuh badan.
Anda juga boleh mencuba kunyit sebagai bahan sental kulit dengan mencampurkannya bersama tepung dan air kemudian, sapu pada wajah. Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata.
Hanya menggunakan kunyit atau serbukÂnya, anda tidak perlukan Âmodal besar untuk Âmengatasi masalah Âkulit tertentu malah ia juga baik untuk kesihatan.