Norizuan Shamsuddin

norizuan@hmetro.com.

Kuala Lumpur: Polis sahkan bungkusan didakwa mengandungi bom ditinggalkan bersama nota berdekatan Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak di sini, petang tadi, adalah ugutan palsu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pemeriksaan dilakukan anggota mendapati bungkusan itu mengandungi botol minyak masak.

"Pemeriksaan dapati bungkusan terbabit bukan mengandungi bom sebaliknya botol minyak masak.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenalpasti individu yang melakukan perbuatan itu," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 petang tadi, satu bungkusan didakwa bertulis 'bom' ditemui bersama nota di tepi pokok berdekatan tempat letak kenderaan di lokasi terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2017 @ 9:58 PM