Ahmad Zahid bersama Musa ketika hadir di Majlis Pelancaran Perdana Seranta FELCRA Bhd dan Pelancaran Jentera Pilihanraya P187 Kinabatangan di Dataran Tapak Tamu Majlis Daerah Kinabatangan. FOTO Malai Rosmah Tuah
Norasikin Daineh
norasikin_daineh@hmetro.com.my


Kinabatangan: Sebanyak 240 unit Rumah Bina Negara akan dibina di Kinabatangan dan Libaran di Sandakan, di bawah projek FELCRA Berhad.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha untuk membangunkan Kinabatangan tetap dilakukan termasuk projek Rumah Bina Negara.

"Saya mengarahkan Pengerusi FELCRA Berhad Datuk Bung Moktar Radin memajukan kawasannya menerusi projek FELCRA.

"Saya arahkan beliau (Bung Moktar) membina 120 Rumah Bina Negara di Rancangan Suan Lamba di Kinabatangan ini.

“Di Libaran pun diluluskan 120 Rumah Bina Negara di Sungai Manila," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Perdana FELCRA Berhad di tapak tamu Kinabatangan, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 7:26 PM