Agensi

Berkeley, Calirornia: Sekurang-kurangnya 21 ditahan dalam pergaduhan ketika tunjuk perasaan anti-Trump (Presiden Donald Trump), semalam, yang turut menyebabkan sejumlah kecederaan.

Ratusan orang menyertai tunjuk perasaan membantah dasar Trump, melempar batu, membakar dan mencampakkan bahan letupan kecil serta gas pemedih mata sebelum tercetus pergaduhan dengan penyokong Trump.

Menurut Los Angeles Times, pergaduhan menjadi lebih ganas apabila kumpulan penyokong Trump berjaya melepasi kawalan polis dan menyerang kumpulan penunjuk perasaan di Taman Komuniti Martin Luther King Jr, di sini.

Kira-krra 250 anggota polis dikerah mengawal tunjuk perasaan itu dan apabila keganasan tercetus, bantuan terpaksa diminta daripada Jabatan Polis Oakland.

Puluhan ribu orang menyertai tunjuk perasaan di 150 bandar dan bandar raya seluruh Amerika Syarikat menuntut Trump mengumumkan jumlah cukainya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 5:00 PM
Mangsa yang cedera dan ditahan polis dalam pergaduhan ketika tunjuk perasaan di Berkeley, Califirnia, semalam.