SINGLE terbaru sentuhan Ajai dapat maklum balas baik daripada pendengar muzik.
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Nama penyanyi Salma Asis pernah hampir-hampir pudar dari radar seni tanah air.

Meskipun dia antara penyanyi baru yang memiliki kehebatan vokal tersendiri, entah di mana silapnya nama Salma masih kurang bersinar.

Malah percubaan Salma menghasilkan empat lagu berjudul Aku Permata (2011), Seruan Jiwa (2013), Maafkan (2014) dan Jiwa Bersatu (2015 - duet dengan suaminya, Azri AF9) belum mampu menempatkan nama Salma sebaris penyanyi popular sedia ada.

Bagaimanapun, pembabitan Salma dalam program 3 Juara di TV3 baru-baru ini dan muncul juara membuka kembali banyak mata termasuk juri Datuk Rossa terhadap keupayaan vokal beliau yang sebenar.

Menerusi ‘single’ terbaru ciptaan Ajai dan lirik karya Slen berjudul Akhirnya, Cinta, ia diharap mampu menyerlahkan lagi nama Salma ke gelanggang ‘mainstream’ berbanding lima tahun sebelumnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 April 2017 @ 7:35 AM