BEN Affleck (kiri) dan Jennifer Garner. FOTO AP
Reuters

Los Angeles: Pelakon Ben Affleck dan Jennifer Garner secara rasminya memfailkan cerai selepas dua tahun berpisah.

Akhbar Los Angeles Times melaporkan pada Khamis, Affleck dan Garner memfailkan cerai di Mahkamah Tinggi Los Angeles dengan alasan tidak sefahaman lagi.

Garner dan Affleck yang masing-masing berusia 44 tahun turut memohon hak penjagaan bersama bagi ketiga-tiga anak mereka berusia antara lima hingga 11 tahun.

Affleck dan Garner berlakon bersama dalam filem ‘Daredevil’ dan berkahwin pada 2005.

Mereka mengumumkan rancangan untuk bercerai sehari selepas ulang tahun perkahwinin ke-10 pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 11:31 PM