Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim. FOTO arkib NSTP
Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang peraturan komunikasi baru termasuk merakam panggilan telefon dan memantau media sosial orang ramai.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, mesej palsu yang dikitar semula di media sosial sejak semalam tiada kaitan dan bukan dikeluarkan KDN.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta lebih berhati-hati dengan penularan mesej palsu seperti ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mesej yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook (FB) mula tersebar mulai semalam yang mendakwa KDN mengenakan peraturan komunikasi baru berkuat kuasa semalam, dengan semua panggilan akan direkodkan dan rakaman panggilan disimpan.

Mesej turut mendakwa KDN akan memantau WhatsApp, Twitter, FB dan semua media sosial serta forum, selain terdapat peranti yang disambungkan ke sistem KDN.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 11:51 AM