CHAHAT akan menangis jika tidak diberi makan. - Agensi
Agensi

New Delhi: Seorang bayi mengejutkan pakar perubatan apabila berat badannya mencecah 17 kilogram walaupun baru berusia lapan bulan.

Chahat Kumar dari Punjab dilahirkan dengan berat seperti bayi lain tetapi mula gemuk mendadak selepas berusia empat bulan.

Kini berat badannya sama seperti kanak-kanak empat tahun.

Bapanya, Suraj Kumar, 23, berkata, berat anaknya bertambah setiap hari.

Kumar dan isterinya, Reena, berkata, mereka amat bimbang mengenai kesihatan Chahat, lebih-lebih lagi selepas kematian anak sulung mereka tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 6:22 AM