Tajudin akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman. FOTO arkib Harian Metro
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman Datuk Tajudin Mat Isa mendahului senarai 39 pegawai yang dinaikkan pangkat dan pertukaran jawatan berkuat kuasa 15 Mei ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datin Asmawati Ahmad berkata, Tajudin akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.

Katanya, Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah), Urusetia Pejabat KPN Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed pula akan memegang jawatan Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zulkifli Mohamed akan memegang jawatan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner," katanya.

Katanya, Ketua Perhubungan Antarabangsa, Urusetia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman Datuk Mohamad Anil Shah Abdullah pula akan bertukar jawatan kepada Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 10:32 PM