GAMBAR hiasan
Agensi

Dakar (Senegal): Sekurang-kurangnya 22 orang maut manakala 87 yang lain cedera akibat kebakaran ketika menghadiri ijtimak di tenggara negara ini.

Kejadian pada petang Rabu itu berlaku ketika mangsa berkumpul di Media Gounass di Tambacounda, kata jurucakap bomba.

Mangsa kejadian termasuk beberapa individu yang cedera akibat orang berempuh-rempuhan apabila berlakunya kebakaran.

Katanya, kira-kira 20 mangsa cedera dalam keadaan parah.

Stesen televisyen Senegal melaporkan angin kencang dan tempat perlindungan sementara yang dibuat daripada jerami membolehkan api marak.

Bagaimanapun, punca kebakaran belum dapat dikenal pasti.

Ribuan lelaki Islam dari Senegal, Guinea dan negara barat Afrika lain berkumpul di Medina Gounass untuk acara ini setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 8:01 PM