Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Nelayan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol remaja perempuan di bawah umur, dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Cumaidi Ghani, 30, yang disabitkan kesalahan di akhir kes pembelaan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 13 tahun di rumah di sini, 2.30 petang, 5 November 2015.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun hingga 30 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Bagaimanapun, hukuman penjara ditangguhkan dan mahkamah menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 4:41 PM
TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lima sebatan atas tuduhan merogol remaja perempuan. FOTO Zaman Huri Isa