SHAFIEN (dua dari kanan) bersama Pegawai Penyiasat, ASP S V Kumar (kiri) memeriksa kedai emas yang dipecah masuk, semalam.

Shah Alam: Memanjat bumbung dan memecahkan siling untuk menyusup masuk ke dalam pasar raya sebelum memecahkan peti besi sebuah kedai emas.

Itu antara perancangan licik digunakan penjenayah yang melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM650,000 dari premis di dalam sebuah pasar raya di Kota Kemuning, semalam.

Selain menebuk lubang peti itu dengan menggunakan gas oxy-acetylene, suspek turut bertindak mencabut dan melarikan kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan bagi mengelak dikesan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian disedari seorang pekerja berusia 50-an yang membuka kedai itu pada jam 10 pagi.

“Melihat keadaan peti besi yang berlubang dan masih berasap, perkara itu kemudian segera dimaklumkan kepada pemiliknya yang menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 6:48 AM