HM Digital
am@hmetro.com.my


IMPIAN ratu skuasy negara Datuk Nicol David menambah kejuaraan dunia kali kesembilan yang berlangsung di Pusat Skuasy El Gouna Mesir tidak kesampaian apabila terkandas di suku akhir.

Nicol tewas kepada pemain pilihan keempat dari Mesir Nouran Gohar dalam pertarungan tiga set 6-11, 5-11, 9-11.

Nouran akan bertemu rakan senegara yang juga pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini di separuh akhir awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 8:20 AM