Kerja membaki landasan di Lapangan Terbang Sibu malam tadi. - Foto HARUN YAHYA
Harun Yahya
am@hmetro.com.my

Sibu: Lapangan Terbang Sibu di sini, dibuka semula untuk semua penerbangan bermula jam 12 tengah malam tadi.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu Zainuddin Abu Nasir berkata, pembukaan semula itu dibuat selepas operasi pengalihan pesawat dan penutupan lubang di landasan siap sepenuhnya.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya menjangka lapangan terbang berkenaan boleh kembali beroperasi 12 tengah hari, hari ini, kerana terdapat kerosakan pada landasan yang perlu dibaiki.

“Pembukaan semula operasi lapangan terbang ini 12 jam lebih awal daripada jangkaan, selepas semua operasi pengalihan dan pembaikan landasan selesai.

"Penumpang yang akan berlepas atau mendarat di Lapangan Terbang Sibu diminta mendapatkan maklumat lanjut daripada syarikat penerbangan masing-masing," katanya.

Sabtu lalu, pesawat MH2718 dari Kuala Lumpur tergelincir ketika mendarat berikutan hujan lebat. Kejadian jam 10.17 malam itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan 61 penumpang dan enam anak kapal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 10:07 AM