MIMI Lana lebih selesa nama dikenali secara perlahan-lahan dan bukan naik mendadak.
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Ketika namanya baru hendak dikenali, timbul pula isu panas membabitkan Mimi Lana. Dia terjebak dengan satu dakwaan berkaitan dadah pada 2015.

Namun mimpi ngeri itu berakhir apabila Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 22, didapati tidak bersalah.

Perlahan-lahan Mimi bangkit semula daripada episod hitam itu sekalipun awalnya berdepan kesukaran gara-gara namanya digam seketika segelintir stesen TV.

Bagaimanapun, perkara itu tidak mematahkan semangat Mimi. Dia nekad membuktikan bakat dan kemampuan sejati.

Ternyata usaha Mimi tidak sia-sia apabila kemunculannya dalam drama Sein dan Luna yang ditayangkan tahun lalu di TV3 menarik perhatian jutaan peminat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2017 @ 1:25 AM