Roy ditemubual wartawan. FOTO Rasul Azli Samad
Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

Melaka: Calon dari Sekolah Integriti Kajang, berusia 21 tahun yang ditahan kerana tuduhan membunuh antara tiga individu diumumkan memperoleh keputusan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2016, pada Majlis Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Jabatan Penjara Malaysia 2017, di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, hari ini.

Pemuda yang mahu dikenali sebagai Roy, berkata, tunjuk ajar daripada guru dan sokongan ibu bapa menjadi pendorong untuknya mengejar kecemerlangan dalam SPM kali ini.

"Sebelum ditahan saya sudah menduduki SPM, namun ketika itu keputusan tidak berapa bagus. Kali ini saya amat berpuas hati dengan hasil dicapai selepas bekerja keras," katanya.

Manakala dua lagi yang memperoleh keputusan 7A adalah calon, Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, masing-masing berusia 17 dan 20 tahun.

Sementara itu, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Kroreksional) Datuk Alzafry Mohamed Alnassif Mohamed Adahan berkata, anugerah disampaikan adalah satu insentif kepada penghuni berjaya dalam bidang akademik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2017 @ 2:58 PM