Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia Tomoyuki Shinnishi memperkenalkan varian Triton Adventure X di Kuala Lumpur pagi tadi.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd (MMM) pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di negara ini memperkenalkan varian versi peningkatan Triton 2017 di sini, hari ini.

Dua varian itu ialah Triton VGT Adventure X dan VGT Adventure menerima sentuhan terkini pada elemen keselamatan dan ciri premium dengan penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran NCAP Asia Tenggara serta tujuh beg udara SRS.

Ia juga dipasangkan dengan gril hadapan krom lebih bergaya dan berimej lebih lasak serta rekaan tangga sisi baru untuk kemudahan keluar masuk kenderaan.

Ciri lain termasuklah lampu hadapan HID bi-xenon automatik dan lampu nyalaan siang LED serta rim aloi 17 inci dua warna menjadikan ia lebih sporty.

Dikuasakan dengan enjin 2.4 liter Mivec turbo Diesel DI-D Common Rail dan Geometri Turbo Bolehubah (VGT) ia merupakan pikap pertama menawarkan waranti lima tahun atau 200,000 km yang mana lebih dahulu.

Diimport sepenuhnya dari Thailand harga jualan asas untuk model Triton bermula daripada RM77,390 (Quest MT) hingga RM130,900 (Adventure X AT).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2017 @ 12:48 PM