BARISAN pemenang dari UMK bangga dengan pencapaian cemerlang diraih.
Syarimie Wosley
rencana@hmetro.com.my


Produk DBHM As Anti-Coagulant Agent yang berasaskan ekstrak lintah Hirudinea Manillensis: Dark Brown Buffalo Leech dihasilkan pensyarah Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Zulhisyam Abdul Kari @ Abdullah menangi pingat emas pada pertandingan dan pameran reka cipta serta inovasi di Ekspo Teknologi Malaysia 2017 (MTE 2017), baru - baru ini

Turut mengungguli ialah produk Super Dielectric CCTO-Glass Capacitor yang dihasilkan Timbalan Dekan Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi, Prof Madya Dr Julie Juliewatty Mohamed yang turut merangkul pingat emas.

Pada MTE 2017, UMK mempertandingkan 15 produk hasil penyelidikan dan inovasi juga berjaya meraih perhatian juri apabila mendapat tempat pertama Kategori Booth Pameran Terbaik.

Menerusi 15 produk itu, UMK memenangi dua pingat perak, lapan gangsa dan tiga medal merit di MTE 2017 anjuran Persatuan Saintis Penyelidikan Malaysia (MARS) dan PROTEMP Exhibition and Conferences Sdn Bhd selaku penganjur.

Dua pingat perak diraih oleh penyelidik FIAT, Prof Madya Dr Palsan Sannasi Abdullah yang menghasilkan produk N-Macom: Agrowatse Derived Nano-Magnetic Adsorbent Composite manakala produk G-Technique for Propagation of Orchard and Ornamental Plants hasil ciptaan Pensyarah Kanan FIAT, Mohammad Amizi Ayob.

Penolong Pendaftar, Pejabat Perundingan, Harta Intelek dan Pengkomersialan (CIC), Pejabat Pengurusan dan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan, Ahmad Fadzil Abd Rashid berkata, 15 produk yang dipertandingkan pada MTE 2017 secara keseluruhannya mempunyai potensi dan mampu dikomersialkan.

“Kejayaan ini sangat membanggakan dan menjadi landasan terbaik kepada penyelidik UMK ntuk menghasilkan lebih banyak penyelidikan yang berimpak tinggi.

“Sekali gus melonjakkan kemampuan UMK dalam usaha menghasilkan penyelidikan yang mampu dikomersialkan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 11:18 AM