Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan bomba
Amrullah Abdul Karim
am@hmetro.com.my


Kuala Kubu Bharu: Enam parah manakala enam lagi termasuk empat kanak-kanak cedera apabila dua kereta bertembung di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Golf Resort Serendah kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Kemalangan itu membabitkan Proton Wira dan Proton Perdana.

Kemalangan berlaku ketika Proton Wira dinaiki lima individu cuba memotong kenderaan tetapi gagal lalu bertembung dengan Proton Perdana dinaiki tujuh orang dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.45 petang sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Dua lelaki dan tiga wanita yang menaiki Proton Wira cedera parah.

"Seorang lelaki penumpang Proton Perdana juga parah manakala enam yang lain termasuk empat kanak-kanak cedera ringan," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Selayang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 9:08 PM