Eshaal kini berusia 44 hari. FOTO INSTAGRAM Stacy
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Penyanyi Ummu Shaikhah Stacy Anam atau Stacy menunaikan janji dengan berkongsi wajah anaknya Eshaal di laman Instagram miliknya.

Stacy, 27, berkata sudah sampai waktu dia berbuat sedemikian apatah lagi hari ini genap 44 hari usia anak perempuannya itu.

"Hari ini Eshaal genap 44 hari. Apa saya boleh katakan, Eshaal sekarang kuat minum susu dan tidur. Dia juga tak banyak ragam. Pendek kata dia anak yang baik.

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan saya dan anak," katanya.

Menerusi gambar yang dimuat naik juga, Stacy memaklumkan peminat boleh mengikuti perkembangan anaknya di laman Instagram @eshaal_1717

Sejak ia mula dibuka 20 minit lalu, akaun Instagram itu sudah diikuti lebih seribu peminat.

Stacy yang berkahwin dengan penyanyi Akim Ahmad selamat bersalin pada 17 Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 3:38 PM