Anggota bomba mengeluarkan kucing yang tersepit pada jeriji pintu rumah di Lebuh Bercham Timur, Taman Rima, hari ini. FOTO ihsan bomba
Balqis Jazimah Zahari
am@hmetro.com.my


Ipoh: Anggota Bomba berjaya keluarkan kucing yang tersepit di jeriji pintu rumah di Lebuh Bercham Timur, Taman Rima, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.53 pagi itu, kucing berkenaan dipercayai memanjat pagar jeriji sebelum memasuki celahan pintu berkenaan menyebabkan kepalanya tersepit di jeriji pintu berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada tuan rumah berkenaan memaklumkan kucing berkenaan tersepit di celah pintu itu sebelum sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

"Anggota yang tiba kemudiannya menggunakan tangga dan memanjat ke bahagian atas jeriji itu bagi mengeluarkan kucing berkenaan.

"Kucing berkenan berjaya dikeluarkan sebelum operasi ditamatkan jam 12.20 tengah hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 1:53 PM