Cavani menjulang Piala Liga Perancis bersama rakan sepasukan. FOTO AFP/REUTERS
AFP

Lyon: Angel Di Maria meledak satu gol serta membantu dua jaringan membantu Paris Saint-Germain (PSG) membelasah Monaco 4-1 semalam sekaligus membantu kelab itu menjulang Piala Liga Perancis untuk musim keempat berturut turut.

Julian Draxler meletakkan PSG di depan selepas permainan bermula empat minit pada final di Lyon tetapi Thomas Lemar menyamakan kedudukan untuk Monaco ketika perlawanan memasuki setengah jam.

Di Maria yang juga pemain antarabangsa Argentina menjaringkan gol seminit sebelum babak pertama tamat untuk skuad Unai Emery dan Edinson Cavani melengkapkan kejayaan kali ketujuh buat PSG dengan penyudah kemas di separuh masa kedua.

"Kami berdepan beberapa detik sukar tetapi kami tidak menyerah kalah. Kami membuktikan kami skuad yang hebat. Saya rasa ia kemenangan berbaloi dan kami boleh meraikannya," kat pemain tengah Marco Verratti.

"Kami menang segala galanya di sini sepanjang empat tahun di sini. Kami memiliki pasukan hebat dan ini adalah kejayaan bagi setiap orang terbabit di sini. Gelaran juara Liga adalah sasaran kami sekarang dan kami akan terus memberikan prestasi terbaik sehingga akhir musim."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 12:40 PM