Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta yang dihempap treler. FOTO ihsan bomba
Amrullah Abdul Karim
am@hmetro.com.my

Kuala Kubu Bharu: Empat maut kereta dinaiki dihempap treler di Kilometer 403.3 Lebuh Raya Utara Selatan di kedua-dua arah berdekatan persimpangan Plaza Tol Tanjung Malim di sini, 7.30 pagi tadi.

Laporan awal mendapati treler terbabit datang dari arah utara dan terbalik ke laluan bertentangan menyebabkan pelanggaran dengan kereta dari arah Selatan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie berkata, bomba menerima panggilan jam 7.41 pagi dan sebuah jentera BBP Kuala Kubu Bharu di bantu BBP Tanjung Malim tiba di lokasi.

"Mayat seorang mangsa sudah dibawa keluar namun usaha mengeluarkan tiga lagi mangsa berdepan kesukaran kerana beban treler yang terbalik.

"Bomba terpaksa menunggu kren untuk mengangkat treler itu sebelum usaha membawa keluar mangsa tersepit dilakukan," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 10:15 AM