Pemain wanita Iran tidak boleh bermain selama setahun. FOTO REUTERS
AFP

Tehran: Iran mengharamkan beberapa pemain utama wanitanya daripada bertanding dalam sukan billiard selama setahun di China kerana dianggap tidak sesuai dengan cara Islam di negara Iran.

Jawatankuasa Disiplin Bowling, Billiard dan Persekutuan Tinju bagaimanapun tidak menyatakan apa dimaksudkan dengan cara Islam tidak sesuai itu.

"Pemain wanita dihantar ke pertandingan Terbuka China (billiard) akan diharamkan menyertai semua pertandingan dalam dan luar negara selama satu tahun kerana tidak sesuai dengan cara Islam negara ini (Iran)," menurut kenyataan itu disiarkan menerusi agensi media negara itu, ISNA dan Tasnim.

Sukan berada dalam kategori billiard termasuk pool dan snooker.

Kebanyakan kelab pool-billiard di Iran hanya untuk lelaki tetapi wanita dibenarkan bermain beberapa jam.

Ramai pemain handalan wanita Iran kini bertarung dalam kejohanan dalam negara dan antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 8:07 PM