Keadaan pikap yang bertembung dengan van di Texas.
AP

Uvalde, Texas: Seramai 13 terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila sebuah pikap bertembung dengan sebuah van membawa 14 warga tua ahli gereja Daerah Hill, di selatan Texas, hari ini.

Kejadian Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari (waktu tempatan) dekat Garner State Park, itu berlaku 120 kilometer dari San Antonio,.

Seramai 12 mangsa maut di tempat kejadian dan tiga mangsa yang cedera parah diterbangkan dengan helikopter ke hospital, namun seorang daripadanya meninggal dunia di hospital.

Penumpang dalam van terbabit dalam perjalanan pulang ke New Braunfels dari Leakey.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyatakan sama ada pemandu pikap berkenaan antara yang maut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 6:25 PM