SAMSUNG Galaxy Note 7. FOTO arkib NSTPMUNIRA ABDUL GHANI
AP

New York: Samsung dalam proses mempertimbangkan jualan semula telefon pintar Galaxy Note 7 yang dihentikan selepas beberapa unit terbakar.

Samsung berkata, Note 7 mungkin kembali ke pasaran sebagai unit diubahsuai (refurbished unit) atau untuk disewa.

Namun, syarikat itu akan merujuk kepada jawatankuasa pengawalan dan syarikat telekomunikasi selain menilai permintaan pasaran terlebih dahulu, katanya.

Samsung tidak menyatakan bila atau negara di mana Note 7 akan dijual semula.

Samsung menggantung jualan Note 7 tahun lalu selepas beberapa unit terbakar.

Pendapatan Samsung terjejas sebanyak AS$5.3 bilion (RM23.4 bilion) akibat kejadian itu.


GALAXY Note 7 yang terbakar pada 9 Oktober 2016 di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat. FOTO APShawn L. Minter

Hasil siasatan terhadap punca kebakaran, Samsung menyalahkan beberapa kecacatan dalam reka bentuk dan perkilangan baterinya yang dihasilkan oleh dua syarikat berbeza.

Oleh itu, Samsung boleh menggantikan bateri bagi Note 7 dengan unit lebih selamat.

Sementara itu, Samsung berkata, ia akan menggunakan semula komponen serta mengitar semula bahan selebihnya bagi telefon yang tidak dibawa semula ke pasaran.

Pengumuman Samsung ini dibuat semalam, dua hari sebelum pelancaran telefon pintar barunya, Galaxy S8 di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 7:58 AM