Monitor untuk permainan video Acer KG1 Series iaitu KG251Q dan KG271 adalah monitor pertama Acer yang hadir bersama kadar segar-semula 75Hz di Malaysia.

Menyokong HDMI pada FreeSync, monitor berkenaan†boleh berfungsi dengan kad grafik yang menyokong FreeSync untuk mengelakkan skrin daripada retak, selain meminimumkan masalah lain.

Digabungkan dengan teknologi Adaptive-Sync, pengguna akan menikmati pengalaman bermain permainan video dan memain semula video yang lancar tanpa sebarang gangguan.

Hadir dengan paparan resolusi definisi tinggi penuh 1920 x 1080 bersaiz 24.5 dan 27 inci, monitor Acer KG251Q dan KG271 masing-masing menawarkan warna semula jadi dan kualiti yang tajam melalui panel TN.

Teknologi Black Boost pula menawarkan perincian pada persekitaran yang lebih gelap. Hasilnya, pemain boleh mengalahkan lebih banyak musuh berbanding pemain lain memenangi permainan.

SPESIFIKASI:

KG271

Harga: RM899

Saiz paparan: 27”

Resolusi: 1920x1080

Jenis panel: TN

Masa respon: 1 ms

Jenis panel: TN

KG251Q

Harga: RM659

Saiz paparan: 24.5”

Resolusi: 1920x1080

Masa respon: 1 ms

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 3:24 AM