Kebakaran stadium Hongkou memaksa Tevez beraksi di stadium lain. FOTO DAILY MAIL
Daily Mail

Shanghai: Kelab Liga Super China (CSL) Shanghai Shenhua yang menjadi tajuk utama akhbar sewaktu menandatangani Carlos Tevez dengan gaji £615,000 (RM3.42 juta) seminggu pada Disember lalu hari ini ‘sugul’ selepas stadium mereka musnah dijilat api.

Api serta asap tebal mengakibatkan panas berbahang di stadium bola sepak Hongkou berkapasiti 33,000 penonton malah berlaku kerosakan teruk dan kelab terpaksa mengubah lokasi gelanggang beraksi di tempat sendiri.

Rakaman kebakaran menerusi telefon bimbit menunjukkan pasukan bomba bergelut menghalang kebakaran dilaporkan berlaku jam 8.30 pagi waktu tempatan yang turut menyebabkan laluan trafik terhenti.

Kelab terbabit menjadi tajuk utama akhbar antarabangsa sebelum tahun baru apabila mereka mengikat kontrak penyerang Argentina Tevez yang juga bekas pemain West Ham, Manchester United dan Manchester City dengan nilai £71.6 juta (RM398 juta).

Dengan gaji luar biasa diraih seminggu itu Tevez setakat ini adalah pemain bola sepak menerima bayaran gaji tertinggi di dunia dengan kontrak selama dua tahun menggambarkan kemewahan dimiliki oleh kelab CSL.

Tevez hanya mengambil masa 35 meledak gol pada penampilan sulung menang 4-0 ke atas Jiangsu Suning sebelum beraksi seri 1-1 ketika bertandang ke Tianjin Quanjian yang meletakkan kelab itu di tangga keempat pada peringkat awal CSL.

Kempen kelab itu pada Liga Juara Juara Asia terbantut selepas tewas 2-0 kepada kelab A-League Australia Brisbane Roar pada awal bulan lalu.

Stadium Hongkou adalah stadium profesional pertama China sewaktu dibuka pada Mac 1999.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 5:25 PM