DEFOE (kiri) menyumbat gol pembukaan Three Lions.
AFP

London: Selepas berjaya meledak jaringan, pengurus England Gareth Southgate berkata, tidak ada sebab mengapa Jermain Defoe tidak boleh bermain pada Piala Dunia tahun depan.

Penyerang Sunderland Defoe, 34, menjaringkan gol pembukaan ketika England menang 2-0 pada kempen kelayakan menentang Lithuania awal pagi semalam selepas tiga setengah tahun tidak bermain di peringkat antarabangsa.

Setakat ini, dia sudah menghasilkan 14 gol buat Sunderland dalam Liga Perdana tetapi namanya hanya disenaraikan berikutan kecederaan menimpa Harry Kane dan Daniel Sturridge.

“Saya rasa kami perlu melihat secara keseluruhan sebelum mencari pengganti dan kami perlu tahu siapa yang sedang dalam prestasi terbaik,” kata Southgate kepada wartawan di Wembley.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk membuat pemilihan kerana semua pemain yang diberi peluang, bermain dengan baik. Jika kami mahu berjaya, ini salah satu faktor yang mana pemain saling berebut tempat dalam kesebelasan utama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 7:18 AM