ANTARA barangan yang dirampas. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Mohd Ruzaini Zulkepli
hmkk@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Dua bekas banduan ditahan pada Sabtu selepas didapati terbabit dalam kes pecah rumah doktor berhampiran Sembulan, 22 Mac lalu.

Pada 8.30 malam itu, suspek berusia 31 dan 32 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisoner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati dua suspek berkenaan disyaki terbabit secara langsung dalam kes pecah masuk rumah doktor lelaki yang berusia 33 tahun, antara 7.10 pagi hingga 6.15 petang pada 22 Mac lalu.

“Kedua-dua suspek yang ditahan adalah bekas banduan dengan seorang daripadanya disyaki pernah dipenjarakan 10 kali atas pelbagai kesalahan narkotik dan jenayah lain,” katanya, dalam sidang media di IPD Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Menurutnya, polis turut menemui beberapa barangan dipercayai hasil aktiviti jenayah suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2017 @ 12:55 PM