(DARI kiri) Fandy, Mohd Ridzuan dan Mohamad Jumadil. FOTO Norasikin Daineh
Norasikin Daineh
norasikin_daineh@hmetro.com.my


Tawau: Tiga lagi rakyat Malaysia yang diculik Abu Sayyaf diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina di Sulu, tengah malam tadi.

Bagaimanapun, Komander ESSCOM Datuk Abdul Wan Bari Ean Abdul Khalid enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya nak sahkan, tiga lagi (mangsa culik) diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina di Sulu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiga rakyat Malaysia terbabit dikenali sebagai Fandy Bakran, 27; Mohd Ridzuan Ismail, 33 dan Mohamad Jumadil Rahim, 24.

Terdahulu, dua mangsa culik Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63 yang diselamatkan Angkatan Tentera Filipina awal pagi Khamis lalu selamat dipertemukan dengan ahli keluarga masing-masing di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta pagi tadi.

Pada 18 Julai lalu, kelima-lima mereka diculik kumpulan Abu Sayyaf dan kapal tunda Serudong 3 yang mereka naiki ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Haven, Lahad Datu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2017 @ 10:14 AM