Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


TEKA-TEKI mengenai tarikh pernikahan pelakon popular Nora Danish dengan Nedim Nazri terjawab apabila mereka bakal melangsungkan pernikahan, minggu ini.

Undangan pernikahan itu diterima Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp daripada sumber, hari ini.

Pasangan itu dijangka bernikah di Seputeh, Kuala Lumpur, Khamis ini, pada 7.30 malam.

Bagaimanapun, Nora ketika dihubungi Harian Metro, hari ini, enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya akan mengumumkannya dalam satu majlis dalam waktu terdekat ini.

“Nanti saya akan umumkan ya. Terima Kasih," katanya kepada Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini, Nora mengesahkan bakal bernikah dengan Nedim pada tahun ini.

Bagaimanapun, dia belum bersedia berkongsi lebih lanjut tarikh dan butiran majlis itu.

Desas-desus mengenai pernikahan mereka mulai diperkatakan sejak tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2017 @ 8:18 PM