TERTUDUH dihukum penjara 13 tahun dan tiga sebatan. FOTO Nor Fazlina Abd Rahim
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Pembantu juruukur dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kekasih bawah umur, tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman selepas tertuduh, Muhammad Yuhazfiza Suhazwan Sukri, 23, menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding perbicaraan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di Bachok antara 2 pagi hingga 7 pagi, 4 Julai 2016.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2017 @ 2:31 PM