Allahyarham Datuk Mohd Suhaili Said
Ainul Durmahyanty Durming
am@hmetro.com.my


Lahad Datu: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said, 56 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Segangan di sini, jam 2.05 petang tadi.

Majlis pengebumian itu dihadiri kira-kira 1,000 ahli keluarga, rakan serta penduduk kampung datang memberikan penghormatan terakhir kepada Allayarham.

Allayarham yang dilaporkan menghidap kanser hati dan menjalani rawatan di Hospital Gleneagles, Ampang, menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 3.10 petang semalam.

Allayarham meninggalkan seorang balu Datin Dayang Sopiah Datu Jamiuddin dan enam anak.

Hadir sama dalam upacara pengebumian ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Nasrun Datu Mansur; ADUN Gum-Gum, Datuk Zakaria Idris; ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, ADUN Kunak Datuk Nirwan Kabang dan beberapa ketua jabatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2017 @ 2:55 PM