Samsung

Jangan berlengah lagi! Sertai Peraduan #A2017LiveUnplanned dan menangi pakej percutian bersama rakan atau orang tersayang.

Samsung Malaysia Electronics menawarkan pakej percutian menarik untuk empat orang bagi setiap pembelian telefon pintar Samsung Galaxy A (2017) bermula sekarang hingga 4 Mei ini.

Pelbagai pakej percutian menarik boleh dimenangi termasuklah menikmati panorama indah matahari terbenam di Bali, menghirup udara segar di Seoul, bermain dengan ombak yang memecah pantai di Phuket atau bersuka-ria di taman tema di Gold Coast. Semua itu boleh didapati secara percuma apabila anda menyertai peraduan #A2017LiveUnplanned di Instagram.

Syarat menyertai peraduan ini amat mudah. Anda hanya perlu memuat naik gambar atau video detik ‘YOLO’ anda di Instagram dan sertakan sekali keterangan paling kreatif dengan hashtag #A2017LiveUnplanned, #myGalaxyA2017 dan tag @samsungmobilemy. Jangan lupa, pastikan akaun Instagram anda dalam mod ‘Public’.

Selain Bali, Seoul, Phuket dan Gold Coast, anda juga berpeluang memenangi percutian indah ke Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cherating, dan Kota Kinabalu!

Empat destinasi percutian menarik mesti dimenangi dalam Peraduan #A2017LiveUnplanned.

Sebanyak 100 tiket penerbangan bagi 8 destinasi terlibat untuk dimenangi. Malah penginapan turut ditanggung sepenuhnya oleh Samsung.

Walaupun pusingan pertama peraduan yang menawarkan pakej percutian untuk empat orang ke Bali dan Langkawi sudah tamat pada 23 Mac, namun anda masih sempat merebut peluang menghirup udara segar di Seoul, Korea atau bermain ombak di Pulau Redang. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini, dapatkan Galaxy A (2017) dan sertai peraduan #A2017LiveUnplanned ini yang akan berakhir pada 4 Mei depan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.samsung.com/my/a2017liveunplanned.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mac 2017 @ 5:12 PM