SAMSUNG C9 Pro
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Mahukan telefon dengan ketahanan bateri lama? Tiba masa mendapatkan Samsung Galaxy C9 Pro yang mempunyai skrin Super AMOLED HD penuh 6.0lengkap dengan fungsi‘Always On Display’ menjadi trademark syarikat Korea Selatan.

Telefon ini mempunyai RAM 64GB dengan slot kad microSD yang mampu menambah storan sehingga 256GB.

Kedua-dua kamera C9 Pro menggunakan sensor 16MP dan jika anda bertanya bagaimana baterinya mampu bertahan lama? Jawapannya ada pada kapasiti 4000mAh pada model ini.

INFO

SAMSUNG C9 PRO

• Harga: RM2,299

• Skrin: 6.0” FHD Super AMOLED

• Kamera: 16MP PDAF(f1.9) Dual LED Flash(belakang) + 16MP(f1.9) (depan)

• Pemprosesan: 1.95GHzOcta core

• Rangkaian: LTE Cat.6

• RAM: 6GB

• Storan: 64GB,microSD

• Bateri: 4000mAh

• Dimensi: 162.9 x 80.7 x6.9mm

• Berat: 188g

• Ciri: USB Type-C,pengimbas cap jari,dwi SIM, AOD

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2017 @ 10:35 AM