Kuala Lumpur: UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise), menjalinkan kerjasama dengan Edotco Malaysia Sdn Bhd bagi menyediakan penyelesaian lengkap menara, tenaga, penghantaran, operasi dan penyelenggaraan untuk pembangunan infrastruktur rangkaian mudah alih multipenyewa di Nusajaya, Iskandar, Johor.

Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman berkata, syarikat milik penuh UEM Land Bhd itu menandatangani perjanjian kerjasama dengan edotco, syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi bersepadu.

Beliau berkata, kerjasama itu termasuk mengenal pasti bersama-sama oleh kedua-dua syarikat laman berpotensi di Nusajaya untuk menara komunikasi dan struktur untuk pengendali rangkaian mudah alih (MNOs), penyedia perkhidmatan tanpa wayar, radio dan syarikat siaran televisyen.

“Ia akan menyediakan kos kemasukan yang lebih rendah untuk MNOs di Nusajaya. Ia juga akan meningkatkan infra-kesediaan untuk sambungan 4G bagi menampung perlindungan optimum dan pertumbuhan trafik data di Nusajaya,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

Pembinaan menara dan struktur komunikasi itu akan dilaksanakan oleh Edotco pada kos sendiri dan UEM Sunrise dijangka mengurangkan menara MNOs di Nusajaya sekurang-kurangnya 40 peratus.

Perkongsian itu akan terus meningkatkan kemampanan Nusajaya, menggalakkan lebih banyak perniagaan dan syarikat multinasional untuk menubuhkan ibu pejabat di Zon Ekonomi Utama B dan Zon Iskandar Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 5:00 AM