Peralatan, wang tunai dan slip pertaruhan yang dirampas. - Foto Ihsan PDRM
Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


Kuching: Polis menahan 41 individu dalam 26 serbuan premis perjudian dan penjualan nombor loteri haram sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, individu yang ditahan membabitkan 25 lelaki dan 16 wanita masing-masing berusia 17 hingga 70 tahun.

Menurutnya, serbuan dilakukan di sembilan daerah iaitu Kuching, Sibu, Padawan, Miri, Bintulu, Kota Samarahan, Bau, Saratok dan Marudi hasil risikan dan maklumat awam berhubung kegiatan perjudian di daerah berkenaan.

"Dalam serbuan itu, polis merampas 34 komputer dan tablet, telefon bimbit serta wang tunai RM6,633.

"Semua yang ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan polis akan terus menjalankan operasi bagi membanteras aktiviti ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2017 @ 12:31 PM