Fakulti Seni Reka dan Teknologi Kejuruteraan (FSTK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu menganjurkan program 'Singgah Seni' di Foyer Perpustakaan Uni­SZA, kampus Gong Badak, baru-baru ini.

Program itu berbentuk pameran kesenian siswa siswi FSTK dalam subjek lukisan dan fotografi.

Ia dianjurkan Pusat Pengajian Rekabentuk Perindustrian FSTK dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Industry Design Club (IDEC) FSTK.

Seramai 40 siswa diploma semester satu dan 49 siswa Ijazah Rekabentuk Perindustrian mempamerkan hasil lukisan.

Turut sama, 43 siswa Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian Semester 3 yang mengetengahkan subjek fotografi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 11:20 PM