SWEET simpan cita-cita untuk mengacara program dalam bahasa Inggeris.
Ramlah Zainal
ramlah@hmetro.com.my


Bakatnya mula digilap menerusi program Chichi & Chacha dan Planet Bola yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Malah, kata pengacara dan pelakon muda, Sweet Farhanna, jiwanya juga sudah sebati dengan kedua-dua program itu.

“Saya juga baru selesai menjayakan musim baru program Chici & Cacha untuk Slot Bananana TV3. Dalam program Chichi & Cacha, saya menjadi hos dan idola kepada kanak-kanak dalam tarian serta nyanyian.

“Manakala, dalam program Planet Bola, ia membabitkan penonton berusia dari 5 hingga 18 tahun,” katanya.

Sampai bilakah dia mahu dikenali sebagai hos program kanak-kanak? Kata pemilik nama sebenar Sweet Farhanna Qismina Supandi, 20, dia juga bercita-cita untuk mengacarakan program lebih dewasa.

“Saya juga pernah terfikir untuk kikis imej hos program kanak kanak apabila usia mencecah 20 tahun tetapi semuanya bergantung pada rezeki. Saya juga mahu mengacara program seperti Meletop atau Maharaja Lawak tetapi ia memerlukan masa kerana masih banyak ilmu perlu ditimba dalam bidang pengacaraan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2017 @ 5:05 AM