Jakarta : Pasukan penyelam menemui satu objek bahagian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di lokasi pencarian di perairan Selat Karimata manakala satu mayat ditemui pasukan pencari bantuan dari Singapura.

Ketua Badan Sar Nasional (Basarnas) Bambang Soelistyo berkata, pasukan penyelam menemui objek berkenaan yang bersaiz 9.8 x 1.1 x 0.4 meter berdekatan lokasi penemuan objek lain sebelum ini.

Selain itu,satu lagi mayat ditemui di kawasan tumpuan pencarian dan kini mayat itu berada dalam kapal RSS Resistence milik Singapura, katanya.

"Jenazah akan dipindahkan dengan helikopter ke Pangkalan Bun setelah cuaca baik," kata Soelistyo. - Kompas.com

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 4:19 PM