LEXUS NX kini lebih elegan.
MODEL IS baru tampil agresif.
RUANG dalaman IS ciri kemewahan.
DILENGKAPI dengan beg udara SRS.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


Tampil lebih menarik dengan beberapa penambahbaikan model NX 200t Edisi Istimewa dan IS baru kini diperkenalkan untuk pasaran tempatan oleh Lexus Malaysia, sebuah divisyen di bawah UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover NX kini digayakan dengan lampu hadapan dan kabus LED untuk pencahayaan yang lebih baik, pintu belakang kuasa, bumbung panorama dan kunci pintar.

Bagi sedan Lexus IS baru ini, ciri rekaan luaran diperbaharui seperti bampar, lampu hadapan dan belakang dengan ciri konsep Rekaan Agresif yang mula diketengahkan untuk model terkini.

Terdapat dua pilihan enjin daripada empat varian ditawarkan kepada pengguna iaitu 2.0 liter empat silinder twin-scroll pengecaj turbo untuk IS 200t Premium, IS 200t Luxury dan IS 200t F Sport serta IS 300h dengan sistem Pemanduan Hybrid Lexus.

Hasil kerja Takumi membezakan setiap model Lexus bagi ruang kabin lebih eksklusif dan selesa kepada semua penumpang termasuk model IS dengan visual serta material berkualiti dipertingkatkan.

Antara elemen utama buat model 2017 ialah skrin tengah EMVN yang dilebarkan daripada 7 inci ke 10.3 inci dengan resolusi tinggi imej dan maklumat yang jelas untuk kemudahan pemandu.

Semua model Lexus di Malaysia ditawarkan lima tahun waranti pengeluar tanpa ada had perbatuan serta NX 300h dan IS 300h dengan program jaminan lapan tahun untuk pek bateri hibrid.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2017 @ 5:18 AM