FOTO ihsan pembaca
Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


Taiping: Laluan keluar masuk di Plaza Tol Changkat Jering, di lebuh raya PLUS, di sini, sesak susulan bekalan elektrik terputus, malam tadi.

Jurucakap Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS), berkata bekalan elektrik di plaza tol itu terputus pada 9.30 malam, hingga mengakibatkan sistem pembayaran tol secara elektronik tergendala.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kesesakan trafik di laluan masuk dan keluar tol berkenaan susulan peningkatan kenderaan susulan cuti persekolahan yang bermula hari ini.

"Bagaimanapun, bekalan elektrik kembali pulih pada 9.50 malam. Tetapi sistem kami masih belum dapat berfungsi," katanya ketika dihubungi.

Katanya, pembayaran tol terpaksa dilakukan secara manual dan laluan trafik beransur pulih.

“Keadaan itu hanya memberi kesan di kawasan susur keluar dan masuk Plaza Tol Changkat Jering dan tidak memberi kesan laluan trafik di lebuh raya," katanya.

Follow https://twitter.com/plustrafik untuk dapat info terkini

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2017 @ 11:36 PM