KBS akan teliti bida tuan rumah Sukan Komanwel 2022 kata KJ. FOTO BERNAMA
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


Putrajaya: Kajian teliti akan dijalankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaan untuk membida Sukan Komanwel 2022.

Ia disuarakan Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar susulan kenyataan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang melihat Malaysia berupaya menganjurkan temasya itu.

Jelas Khairy, ia adalah penting kerana ia memerlukan peruntukan besar.

"Saya akan kaji sama ada cadangan itu boleh dilaksanakan atau sebaliknya. Ia bukan mudah kerana memerlukan perbelanjaan yang amat besar," katanya.

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar kelmarin berpandangan Malaysia berupaya menganjurkan temasya berkenaan selepas hak penganjuran Durban, Afrika Selatan ditarik balik oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).

Tunku Imran menjelaskan Malaysia mempunyai kemudahan yang mencukupi selain atlet yang cemerlang dalam beberapa jenis sukan.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 7:31 PM