Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


Bukit Mertajam: Seramai 24 warga asing termasuk sembilan wanita ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang dalam tiga serbuan malam tadi.

Dalam operasi jam 10 malam itu, JIM negeri menyerbu dua pusat hiburan dan sebuah restoran di sini dan Georgetown.

Jurucakap JIM negeri berkata, pihaknya berjaya menahan 15 lelaki warga negara Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan India serta sembilan wanita warga China, Thailand dan Vietnam.

Beliau berkata, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) , Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke ibu pejabat JIM negeri bagi tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 5:32 PM
Antara wanita asing yang ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia. FOTO Amir Irsyad Omar