London: Kebangkitan semula Manchester City sebagai kuasa bola sepak bermula selepas kejayaan Piala FA pada 2011 dan jika Manuel Pellegrini terus menikmati laluan menyebelahinya, skuad itu akan berterusan mencipta satu lagi kejayaan di Wembley Mei ini.

Pendahulu bersama Liga Perdana itu kelihatan seperti berdepan perlawanan pusingan ketiga mudah di tempat sendiri malam ini menentang kelab Liga Kejuaraan Sheffield Wednesday, yang ditewaskan 7-0 pada aksi Piala Liga September lalu.

Piala FA memainkan peranan utama dalam kebangkitan semula City selepas bekas pengurus Roberto Mancini menamatkan penantian 35 tahun kelab itu meraih gelaran juara selepas menjadi tonggak di sebalik kejayaan final menewaskan Stoke empat tahun lalu.

Mereka kembali beraksi di Wembley pada final 2013 tetapi keputusan tidak menyebelahi mereka selepas dikejutkan Wigan, salah satu kejutan terbesar sepanjang masa di final menyaksikan Mancini dipecat.

Pellegrini yang mengambil alih skuad mempamer keajaiban kecil selepas kejayaan pada final di Wembley musim lalu mengatasi Sunderland dalam Piala Liga, masih berada dalam saingan kejuaraan itu ketika City menamatkan musim saingan sekurang-kurangnya satu piala kejuaraan.

“Ia permulaan Piala FA penting untuk kami,” katanya.

“Kami disingkirkan pada suku akhir oleh Wigan tetapi kami memenangi Piala Liga.

“Tahun ini, kami disingkirkan lebih awal daripada Piala Liga, jadi kami perlu cuba dan meneruskan saingan sejauh mungkin yang termampu.”

kecederaan terbaru di bahagian serangan bermakna skuad Pellegrini akan membuat rombakan dengan penyerang muda, Jose Angel Pozo yang menjaringkan gol pertama dan satu-satunya gol untuk skuad senior dalam Piala Liga menentang Wednesday, bakal diturunkan.

“Kelab ini sentiasa dalam ingatan kerana saya membuat penampilan sulung dan menjaringkan gol,” kata Pozo yang baru berusia 18 tahun. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:03 AM